Sunday, 11 January 2009

Renungan di Malam Ahad

Every successful person has a painful story.
Every painful story has a successful ending. Accept the pain and get ready for success.

Mesej ini cukup besar maknanya bagi kita di UMNO Kuala Kedah khasnya dan warga UMNO di seluruh Malaysia amnya. Walaupun kekalahan yang kita alami di pilihanraya umum tahun lalu cukup pahit dan menghiris perasaan namun ia sepatutnya menjadi pendorong untuk kita terus berusaha demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di masa hadapan

Kekalahan dan kegagalan sememangnya menyakitkan. Namun apa yang lebih penting ialah bagaimana reaksi kita kepada kegagalan tersebut. Apakah kita terus menerus menuding jari menyalahkan sesama sendiri? Apakah kita terus bercakaran dan bertelagah ? Apakah kita terus menerus tidak sedarkan diri dan terus enak dibuai mimpi?

Teguran ini perlu diterima oleh semua pihak baik daripada peringkat tertinggi hinggalah ke akar umbi. Ketua bahagian dan seluruh ahli jawatankuasa harus berganding tenaga demi kebaikan bersama. Patuh kepada ketua perlu kerana satu kapal tidak boleh mempunyai dua nakhoda.

Kemana arah dan tujuan kita sebenarnya? Hingga kini masih ramai ketua cawangan dan ahli UMNO yang masih tidak sedar bahawa kuasa sudah tidak ada di tangan kita. Kenapa kita mesti terus sombong, angkuh dan tidak mahu mengakui hakikat ini?

Biro Penerangan UMNO Kuala Kedah turut sedih bila mengetahui hal sebegini masih berlaku bukan sahaja di peringkat tempatan mahupun di peringkat nasional. Kita tidak boleh berkelakuan sebegini. Rakyat bencikan pemimpin yang sombong , angkuh dan meninggi diri. Cerminlah diri setiap hari. Apakah yang telah aku lakukan untuk agama, bangsa dan negara?

Kita tidak perlu terus angkuh begini. Sebagai ketua cawangan atau pemimpin di peringkat akar umbi misalnya, tidak perlu berbangga diri. Lebih ramai orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada anda di dunia ini. Kenapa harus bersikap hidung tinggi? Sebagai contoh , ada yang tidak mahu menerima undangan melalui telefon atau sms ; tetapi hanya mahu menerima surat jemputan umpama seorang raja mahupun permaisuri…Ada yang tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan tetapi hanya mahu mencari aktiviti yang boleh memenuhkan kocek sendiri. Begitu juga pemimpin di peringkat atasan. jangan terlalu leka dengan kedudukan.

Hidup ini ibarat roda. Hari ini kita di atas, mungkin esok lusa kita akan hilang segala kemewahan. Kekecewaan perlu diubati. Perangai yang buruk perlu dikikis hingga hilang segala daki. Usaha perlu ditingkatkan lagi supaya kejayaan yang lebih cemerlang dapat dikecapi di kemudian hari.

Renung-renungkanlah …....

1 comment:

  1. Hai UMNO kola Kedah marah kat sapa tu? Hmm saya tak berapa tau sangat bahagian jemputan2 ni, namun pada saya memadai dengan SMS pun diterima. Namun begitu bukan semua orang yang sama pemikirannya. Allah manjadikan MANUSIA ini sebagai khalifah dan berbeza-beza. Jika semua kita sama makan tiadalah garam dan gula, pahit dan manis dan sebagainya.
    Bagi sesetengah pihak kad jemputan amat perlu sebagai tanda kesungguhan menjemput, dan pihak yang dijemput akan merasa lebih dihargai. Sebenarnya penghantaran melalui wakil pun diterima. Jesteru saya merasakan perkara ini tak perlu diperbesarkan. Buat sebaik mungkin yang termampu.Omputeh kata "It's hard to please everybody" apa yang UMNO kuala perlu buat dengan menjalankan tanggung jawab sebail mungkin dan supaya sentiap dekat dihati penduduk kola. Kita semua ada misi dan visi tang besar untuk PRU akan datang. 4 - 0 jugak kita perlu berikan kepada pihak lawan.
    Kepada UMNO Kuala Kedah yang bertikam sesama sendiri ni saya harap, yang sudah tu sudahlah. Tok sah kita terbawa-bawa soa; emosi kita tu, tak kemana pun, marah tara mana sangat... Pelik jugak, marah pada bangsa sendiri..ishh.. orang kita ni kalau bekelahi adik beradik huduh sungguh, rumah tak mau pijak, kenduri tak mau mai, jumpa tak tengoq....marah kat Amerika dan Israel, barang dok beli jugak... maknanya marah kita ni tak tara mana pun dan amat tak bertempat.
    Saya pinta pada semua ahli UMNO secara umumnya dan UMNO Kuala secara khususnya, buang yang keroh, ambil yang jernih,, rasa tak puas hati tu mungkin ada kerana kita semua adalah manusia biasa.Tapi berilah pandangan dan bantuan yang positif, beri peluang kepada mereka yang baru ni.. bantu mereka, nasihat berhemah, tunjukkan kita ni melayu yang hebat, bukan melayu yang penuh emosi, buruk sangka, busuk hati dan pelbagai lagi yang sering dilabelkan kepada melayu....

    Berdoa kepada Allah, mudah -mudahan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

    MNI-Kulim - Permatang Ibus

    ReplyDelete