Saturday, 17 January 2009

Barisan Nasional Tewas di Kuala Terengganu

Keputusan rasmi Pilihanraya P36 Kuala Terengganu
Calon PAS : 32883
Calon BN : 30252
Calon Bebas : 193
PAS Menang Majoriti : 2631

Nampaknya trend yang sama dengan Pilihanraya ke 12 masih berterusan di Kuala Terengganu. Walaupun ramai orang BN dari serata tempat turun membantu, namun kita masih tewas. Kenapa dan mengapa?
Mungkin kita semua boleh mengambil mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Kuala Terengganu. Muhasabah diri kembali. Kita nyata masih belum berjaya mengubah persepsi masyarakat kepada BN walaupun lebih 9 bulan telah berlalu. Juga kita gagal untuk mendapat sokongan bangsa lain.
Pengundi muda masih tidak tertarik kepada UMNO & BN. Corak kempen melalui pelbagai media utama nampaknya masih gagal meyakinkan pengundi. Begitu juga bermacam tawaran projek dan pembangunan.
Apabila semua pemimpin-pemimpin kita yang turun di Kuala Terengganu kembali ke Kuala Kedah, mungkin kita boleh membuat analisa tentang apa yang boleh dipelajari daripada kegagalan ini . Yang baik kita jadikan teladan dan yang tidak baik boleh dijadikan sempadan.
Kita masih ada masa untuk berubah. Namun hakikatnya perubahan perlu dilakukan segera. Bersatu kita teguh. Bercerai kita roboh.

1 comment:

  1. kakaronAssalamualaikum.. Rakyat KT telah memilih wakil mereka ke Parlimen. Satu keputusan yang harus dihormati. Seperti biasa BN @ UMNO tidak kalah cuma PAS yang menang.
    Kenapa warga UMNO dan BN masih belum nampak? Adakah kita ni buta? atau masalah rabun? atau mata kita kena catarac sebab dah lama sangat...mabuk kuasa?
    Perhatikan setiap kali pilihan raya, satu Malaya warga UMNO pakat dok berhimpun di kawasan tersebut, "nak membantu calon" kata mereka... Nak tolong apa? tolong ni kekadang boleh menang dan kekadang boleh kalah, dalam kes KT ni patut tolong, tapi kalau tolong pejahanam boleh dikira tolong ka?
    Ada yang cakap tak belapik, baguih untuk provokasi tapi patut ambil pengajaran masa PRU12 di Kelantan. Cermin diri dulu brader.. dok kata "PAS DOKROK CHETONG" (bahasa kita PAS TAK BOLEH PAKAI) tu apa kes?
    Setiap kali pilihan raya baru nampak pemimpin utama negara / UMNO khususnya tunjuk muka hatta kalau ada tadika baru buka masa ni, pimpinan negara pi rasmi... untung tadika tu... tapi drama ni selalu tak menjadi... rakyat dah tau ni drama.
    Projek announce berjuta-juta, berbillion... setiap kali pilihan raya... soalnya!!! adakah rakyat mudah digula-gulakan sekarang ni? Kalau tak tau saya nak habaq yang generasi muda sudah tidak begitu tertarik dengan umpanan ini. Bagi mereka, kehidupan mereka tetap sama, hidup perlu diteruskan walauapa pun jua keadaannya..UMNO perlu cepat adopt and react fast effectively. Jangan dok guna senjata yang sama setiap kali pilihanraya...
    Calon, pernah juga saya menjawap pertanyaan kengkawan, saya kata kalau calon KT menang bagus, kalau kalah bukan sesuatu yang aneh dan pelik, kenapa? Talkin Allahyarham bekas MP pun dia tak pi... maknanya dia ada masalah personal dengan Allahyarham. Patutnya dia kena pi walaupun sesibuk mana, tunjuk muka pun jadilah...ni dak, bayang pun tak nampak (depa katalah)

    Berbalik semula di Kuala Kedah ni... Ada harapan ka kita nak menang PRU13? Lazimnya... saya ulang, lazimnya pemimpin bahaguan ni muncul 3 tahun sekali dalam pelbagai rupa fizikal. Masa pencalonan, minta kepada semua cawangan untuk beri peluang.... selalu dok call ketua-ketua cawangan minta sokongan. Ketua cawangan pun kata OK, beri peluang , la ni dok buat apa? Mata-mata di kola kata, ramai yang tak puas hati cara UMNO kola la ni... So apa ketua dan ahli jawatan kuasa nak buat? Nasihat saya buatlah sesuatu sebelum nasi menjadi bubur....harus bijak menangani masalah dan secara berhemat, pahit hempedu jangan dibuang, berguna juga nanti. Saya akui It's hard to PLEASE everybody, tapi do what you need to do..... Whats goes around comes around....

    Sekian:

    MNI - KULIM PERMATANG IBUS

    ReplyDelete