Sunday, 5 July 2009

Perjumpaan Bloggers Utara

Semalam satu perjumpaan Bloggers Utara telah berlangsung. UMNO Kuala Kedah cukup bertuah kerana telah diberi kesempatan untuk turut hadir ke majlis tersebut.

Secara umumnya banyak perkara yang telah dibincangkan. Namun apa yang lebih penting ialah peluang untuk bertemu dan berinteraksi dengan mereka yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini .

Antara punca kekalahan UMNO di pilihan raya yang lalu ialah kealpaan kita terhadap kewujudan dan pengaruh media baru dalam senario politik tanah air. Oleh yang demikian, peluang sebegini harus diambil sebagai salah satu usaha memperbaiki dan menambahbaik jentera UMNO dalam menghadapi pilihan raya yang akan datang

3 comments:

  1. perjumpaan sebegini harus diteruskan dan kita boleh bertukar pandangan dan maklumat untuk dikongsi bersama.

    Peranan Media baru internet ini memang semasa PRU 12 kita leka dan alpa ,jadi selepas ini UMNO Kedah perlu berusaha dan perbaiki jentera terutamanya dalam menarik sokonga pengundi muda melalui media baru ini.

    ReplyDelete
  2. Tok Keramat nak nasihatkan agar ahli umno kedah yang sejati perlu melahirkan blogger yang berani menulis dan rajin membuat analisis terhadap komen blogger penentang arus.

    ReplyDelete
  3. Selain dari bergiat memberi pendapat dan berperang dalam alam siber ini, kita juga mahu para Pemimpin UMNO baik di peringkat Negeri, Bahagian atau Cawangan memainkan peranan mereka betul-betul berlandaskan seruan keramat UMNO - demi Agama, Bangsa & Negara.

    Jangan dok kira demi Poket saja. Orang dan rakyat tau orang-orang jenih ni. Puak-puak perasuah ni yang dok pelingkupkan UMNO, sampai orang naik benci dan meluat kepada lambang kita.

    Dalam usaha kita nak pulih imej UMNO ni, kita kena lah semua menggangap rasuah ni adalah satu najis. Kalau dadah boleh dikira najis, rasuah yang juga boleh meruntuhkan umat dan negara adalah najis yang lebih berat.

    Para pemimpin (Ketua Bahagian, AJK Bahagian, Ketua-ketua & AJK Sayap-sayap), jangan lah dok berjanji dan dok tanam tebu di bibir mulut saja. Kota kan janji tu. Kerap kali pemimpin ni depa lupa apa yang depa janji, tapi para pengikut dan anggota masyarakat ingat. Bila depa tak buat apa yang dijanjikan, orang kata UMNO tak boleh dipercayai. UMNO juga yang kena. Mai pilihanraya, mampuih la.

    Kepada para pemimpin, aku harap hangpa tidak dilabel masyarakat sebagai Sepuloh Satu. Cakap sepuloh, satu pun tak tentu betoi!

    Hidup UMNO! Hidup Melayu!

    ReplyDelete