Sunday, 14 June 2009

Program Ceramah 1 Malaysia di Auditorium KFM 13.6.2009



Program tersebut telah berjalan dengan jayanya semalam (13.6.2009). Ia telah dihadiri oleh hampir 300 orang yang terdiri daripada sebahagian besar kepimpinan UMNO Bahagian Kuala Kedah daripada setiap peringkat.

Biro Penerangan bagi pihak UMNO Kuala Kedah ingin merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YB Senator Mej. Jen. (B) Dato' Jamil Khir diatas kesudian YB meluangkan masa untuk datang ke Kuala Kedah bagi memberi penerangan mengenai konsep gagasan 1 Malaysia tersebut.

Tidak lupa juga kepada Jabatan Penerangan Kota Setar dan seluruh warga kerja UMNO Kuala Kedah yang telah bertungkus lumus bagi memastikan program itu menjadi satu realiti.
**Lebih banyak gambar boleh didapati di facebook umno kuala kedah dan di Windows Live -http://umnokualakedah.spaces.live.com/

1 comment:

  1. TAHNIAH UMNO KOLA KEDAH!
    TAHNIAH DATO' LATT!

    Nampaknya program berterusan tanpa henti yang dijayakan oleh kepimpinan peringkat Bah.Kola Kedah ni sudah mula mendapat perhatian rakyat, cumanya kalau dapat tumpukan ke kawasan-kawasan "hitam" khususnya "hitam pekat" lagi baguihhhhh ...

    Personal touch amatlah penting dengan rakyat bawahan, yang kini pening-pening lalat dengan pergolakan politik semasa (khususnya orang Pas sendiri yang pening dengan kepimpinan mereka - Kerajaan Perpaduan VS Pro-Pakatan).

    Semoga Dato' Latt serta kepimpinan Kola Kedah terus berusaha dengan berlipat ganda dan terus maju jaya. Aminnn! ....

    Terima kaseh kepada Dr Wan krana berterus-terusan memberi info kepada akar umbi melalui blog ini sepanjang masa ... Err, saya ada sedikitttt cadangan kepada Dr Wan (sebagai Ketua Penerangan Kola Kedah), kot-kot buleh digunapakai. Apa kata promotekan BLOG UMNO-KUALA KEDAH ni dalam akhbar-akhbar harian (spt : Utusan Malaysia / Berita Harian / Kosmo / Sinar (dah selalu ada cerita pasai Umno Kuala Kedah) / Metro / dll) ini bukan apa Doc, saya tengok hit yang masuk blog ni masih agak kurang, TETAPI BERITANYA UPDATE SABAN HARI dan SUPERB! biaq semua orang kola kedah khasnya dan Malaysia amnya tahu kewujudan blog ni ... promote yang saya maksudkan tu ; kita amik ruangan kecik aja dalam paper tu semua (kena bayaq ler sikit), buat promote URL blog tu sepanjang minggu ker, macamana? ... Ini just idea saya.

    yang pasti, tak begitu ramai sangat yang tahu kewujudan blog UMNO KUALA KEDAH ni ... agak rugi kalau kita banyak aktiviti, tetapi orang tak begitu tahu kewujudan kita di sini ... SEKADAR PENDAPAT.


    AloQStaQ

    ReplyDelete