Sunday, 1 February 2009

Ketua Bahagian di Program COMBI di Kuala Kedah


Semalam Yang Berbahagia Dato' Latt Shariman, Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah telah merasmikan Program COMBI anjuran bersama Biro Pembangunan Insan UMNO Bahagian Kuala Kedah dengan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Star.

Ia telah dihadiri lebih kurang 200 orang yang terdiri daripada penduduk di kawasan yang berhampiran dan juga ramai ahli UMNO termasuk Pergerakan Puteri UMNO Kuala Kedah.

Turut hadir memberi sokongan ialah beberapa Ahli Jawatankuasa Bahagian seperti Ketua Puteri (Puan Tanti Yusnita), Setiausaha Bahagian (Tuan Hj. Ahmad ), Yang Berbahagia Dato' Hj. Abdullah Hasnan Kamaruddin, En Zainal Alam, Tuan Hj. Zul Ahmad Tarmizi , Dr Zaki Zamani dan Dr. Wan Rushidi.

Yang Berbahagia Dato Latt juga kemudiannya telah mengambil peluang untuk melawat persekitaran Kampung Tok Pasai yang terletak berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Haji Ismail itu. Ramai penduduk yang ditemui cukup terkejut tetapi amat gembira dengan kehadiran Ketua Bahagian yang begitu prihatin dengan masalah yang menimpa mereka.

3 comments:

  1. COMBI tu adalah singkatan dari apa ya Dr.? ... maaf, kurang arif dengan singkatan tersebut.

    ReplyDelete
  2. Saudara AloQ StaQ,

    Assalamualaikum,

    (daripada teks ucapan Ketua Bahagian)
    .............................
    COMBI ialah singkatan kepada singkatannya ‘Communication For Behavioural Impact’- bermaksud komunikasi untuk perubahan tingkah laku yang memberi tumpuan kepada aspek tingkah laku masyarakat.

    Pendekatan ini diambil daripada dasar pendekatan Organisasi Kesihatan Sedunia(WHO) yang menggunakan COMBI ini sebagai medium ke arah meningkatkan pengetahuan mengenai kesihatan, komunikasi pendidikan informasi, mobilisasi komuniti dan semua yang berkaitan dalam mencapai objektif meningkatkan tingkah laku amalan kesihatan.

    ***Sila baca teks ucapan penuh ketua bahagian (dalam ruangan dokumen penting UMNO Kuala Kedah)

    Terima kasih & Wassalam

    Pengerusi Biro Penerangan

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih di atas perhatian dan jawapan dari Tuan ... Saya amat menghargainya. Terima kasih byk2.



    AloQStaQ

    http://www.KMU.net.my
    http://www.UMNO.org

    ReplyDelete